Sunday 11 November 2012

LIFE IS A GIFT FROM ALLAH, DONT WASTE IT .

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
we meet again ;)
okay..on my new entry . .just nak share sedikit renungan yang pernah
  wanie baca , baca jangan tak baca tauuuuuuu !
;)

Renung-renungkanlah dan selamat beramal , cewahhhh ! hikkk :)
  RUGI-RUGI, Setakat jadi orang kacak tetapi mengabaikan solat. Sedangkan Nabi Yusuf A.S yang terkacak di dunia pun tidak menghalangnya menjadi orang yang taat kepada Allah S.W.T.

RUGI-RUGI, Ruginyaaaaaa jadi seorang yang cantik dan lawa kalau tidak mengerjakan solat. Sedangkan Sayidatina Aisyah yang amat lawa, sehinggakan Nabi Muhammad memanggilnya Humaira (Si Merah Jambu) pun tidak melupakan tanggungjawab kepada Allah.


RUGI-RUGI, Ruginya jika anak-anak kita tidak pernah menerima teguran dan galakan daripada ibu bapa untuk solat. Sedangkan merekalah bakal memberi kita pahala apabila kita sudah berada di alam barzakh.


RUGI-RUGI, Apa untungnya jika seorang yang kaya tetapi tidak solat. Sedangkan Nabi Sulaiman yang terkaya di dunia pun sentiasa mentaati perintah Allah.


RUGI-RUGI, Teramatlah rugi orang miskin yang tidak solat. Sudahlah miskin di dunia, nanti lebih miskin lagi di akhirat. Sedangkan sahabat Nabi S.A.W., Abu Hurairah R.A, seorang yang hidup susah dan miskin tetapi tidak menghalang dia menjadi seorang yang taat kepada Allah.


jadi , moral of the story kat sini ialah kita jangan lah lupa tanggungjawab kita sebagai seorang kalifah di muka bumi ini sedangkan NABI kita pon tak pernah tinggal solat dan lupa akan ALLAH . . ALLAH dah bagi peluang kat kita hidup tapi kita lupa dan sentiasa buad perkara2 yang ALLAH murka . ingat hidup hanya sekali jadi jangan sia-sia kan hidup kita dan berimanlah kepada ALLAH agar kehidupan kita di alam akhirat lebih bahagia <3 *pesanan ini adalah peringatan buat kawan kawan seislam dan juga diri wanie sendiri . <3














LOT OF LOVE , 

hunnywunny ;')